Bantuan Alat Tulis Pada Calon SPM

TEMERLOH 25 Jan–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bergambar bersama guru dan pelajar semasa hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang, Temerloh bagi menyerahkan set alat tulis kepada 70 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 30 Januari 2024 hingga 7 Mac 2024 nanti.
Secara keseluruhan, seramai 20,270 pelajar akan menduduki peperiksaan SPM di Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri memperuntukkan RM202,700 untuk mengagihkan set alat tulis yang bermula pada hari semalam sehingga 29 Januari ini yang diselaraskan oleh Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.