Malaysia Terisi Pelbagai Kaum, Agama, Adat… Selamat Menyambut Thaipusam – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya.

Ujarnya, indahnya Malaysia, terisi dengan pelbagai kaum, agama, adat dan tradisi namun tetap harmoni.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di seluruh negara yang akan meraikannya.

“Thaipusam merupakan antara satu upacara keagamaan bagi penganut agama Hindu di seluruh dunia dan diraikan pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil.

“Semoga Thaipusam pada tahun ini akan terus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini yang berbilang kaum, agama dan bangsa sekali gus menyemai sifat keterangkuman dan kebersamaan,” katanya dalam hantaran dalam laman Facebooknya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.