Melawat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat

TAIPING, 17 Jan — Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad bersama Exco Kerajaan negeri Perak melawat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Plaza Tol PLUS Changkat Jering hari ini.
Turut sama Exco Infrastruktur, Tenaga Air dan Pengangkutan Awam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kanan), Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia Ir.Ts. Dr. Nadzrol Fadzilah Ahmad (empat, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings, Lyndon Alfred Felix (tiga, kanan).
Projek WCE melibatkan jajaran Seksyen 11 membabitkan persimpangan Beruas dan persimpangan Taiping Selatan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, selewat-lewatnya pada April.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.