Menghadiri Perbarisan Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR 8 Jan–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamaed Khaled Nordin semasa menghadiri Perbarisan Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
Istiadat berkenaan diadakan sebagai penghargaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap Al-Sultan Abdullah sebagai Panglima Tertinggi ATM atas tamat tempoh rasmi perkhidmatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.