Menyambut KIetibaan Pelancong

MELAKA, 5 Jan — Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (dua, kanan) menyambut ketibaan pelancong kapal persiaran mewah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Kota Laksamana di sini.
Seramai 526 pelancong yang menaiki Kapal Persiaran Seabourn Encore dari singapura itu singgah di Melaka untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terkenal di negeri itu khususnya di sekitar Banda Hilir sebelum meneruskan perjalanan ke Pelabuhan Klang.
Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran sekitar 18.7 juta pelancong dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.