Hafiz Ariffin Cadang Segala Rundingan Dengan Amerika Syarikat Dihentikan, Langgar Gencatan Senjata UNSC

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hafiz Ariffin menzahirkan pandangan agar segala urusan dan perkara yang sedang dirunding dengan Amerika Syarikat perlu dihentikan sementara sebagai tanda protes terhadap tindakan negara itu ‘memveto’ keputusan gencatan senjata di United Nations Security Council (UNSC).

Ujarnya, beliau terkilan dengan tindakan yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dengan menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Dewan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB).

Ini kerana katanya, Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang menggunakan kuasa veto resolusi gencatan senjata di Gaza dan melanggar keputusanan UNSC.

“Saya fikir segala urusan dan perkara yang sedang dirunding dengan Amerika Syarikat perlu dihentikan sementara sebagai tanda protes terhadap tindakan Amerika Syarikat memveto keputusan gencatan senjata di United Nations Security Council (UNSC).

“Amerika Syarikat tidak boleh berperan sebagai tuhan dan memutuskan siapa berhak memiliki kemananan dan keselamatan serta menghukum mana-mana pihak mengikut agenda ditentukan mereka.

“Malaysia dan dunia harus bertindak tegas. Bagi Malaysia ianya tidak begitu mudah, tetapi jika benar untuk perjuangan sejagat ia boleh dilakukan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyampaikan terima kasih kepada Biden atas bantuan yang diberikan dari Amerika Syarikat untuk menyerang Gaza.

Akibat dari serangan Israel, rakyat Palestin kehilangan tempat berteduh dan angka kematian dalam kalangan penduduk kini menghampiri 18,000.

Kementerian Kesihatan di Gaza menyebut bahawa 17,177 orang termasuk 7,112 kanak-kanak telah terbunuh dan 46,000 yang lain cedera sejak konflik Israel-Palestin bermula pada 7 Oktober. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.