Berkenan Menyaksikan Proses Pemasangan Landasan Pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur

KUANTAN, 11 Dis — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menyaksikan proses pemasangan landasan pertama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas menyempurnakan gimik perasmian pemasangan landasan tersebut di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10, Gebeng hari ini.
Projek mega yang dirasmikan pada 9 Ogos 2017 dengan anggaran kos bernilai RM50 bilion itu dijadualkan beroperasi pada Januari 2027 dan menawarkan perkhidmatan keretapi penumpang pada kelajuan 160km/j serta keretapi kargo dengan kelajuan 80km/j. Foto–BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.