Lawatan Ke Fasiliti Tenaga Baharu (NE) Lu Yuan

GUIGANG 8 Dis–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka berkesempatan mengadakan lawatan ke fasiliti Tenaga Baharu (NE) Lu Yuan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) Guangxi, Guigang dalam rangka lawatan Misi Pelaburan dan Promosi Pelancongan Melaka ke China.
Lawatan ke Guigang ini antara lain bertujuan untuk menarik penyertaan pemain industri dan pelabur dari China untuk meneroka peluang pelaburan baharu di Melaka menerusi pembinaan hab alat ganti NEV bagi pasaran Asia.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.