Politik Khidmat Bakti Dira Berterusan Untuk Rakyat Rim

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar meneruskan politik khidmat bakti beliau dengan menyantuni rakyat setempat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Khaidhirah yang lebih dikenali sebagai Dira semalam berkesempatan bersarapan bersama penduduk di Warung Kak Liza, Kampung ChinChin Hulu.

“Pelbagai hidangan menarik yang ada di kedai ini antaranya nasi lemak, lontong, soto dan pelbagai jenis kuih.

“Saya ditemani oleh Pengerusi JPKK Kg ChinChin Hulu, Che Tom beserta barisan kepimpinannya,” katanya.

Dira yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam pada itu turut sama melakukan ziarah kasih di beberapa rumah sambil bertanya khabar dan menyampaikan bantuan.

“Pertama saya sempat untuk menziarahi Abang Yunus Abdullah yang menghidap penyakit sakit buah pinggang. Seterusnya saya melawat Kak Aminah Sabtu yang sedang menghidapi keuzuran.

“Dah alang-alang sampai ke Kg Chin Chin Hulu, saya juga sempat menziarahi Kak Zuraidah Husin dan Kak Hasnah Md Johan. Saya dimaklumkan bahawa Cikgu Maznah Hassan telah pun menghidap penyakit gout, saya telah minta pasukan saya untuk susun ziarah dan bagi bantuan kepada beliau.

“Alhamdulillah, dapat memanfaatkan masa dengan menziarahi serta mendengar aduan aduan di Kg Chin Chin Hulu, insya-Allah kita jumpa di kampung yang lain pula,” ujar beliau.

Sementara itu, menerusi hantaran sebelumnya, Khaidhirah turut sama menziarahi rumah waris Allahyarhamah Kasinah Laidin yang telah selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Simpang Kerayong.

Beliau dalam kunjungan tersebut meluahkan simpati kepada mereka atas kehilangan insan tersayang, di samping menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan Allahyarhamah ditempatkan bersama orang yang solehah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.