Penyerahan Sumbangan Misi Bantuan Rakyat Palestin Daripada Wanita UMNO Malaysia

PUTRAJAYA, 6 Dis — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan penyerahan sumbangan Misi Bantuan Rakyat Palestin daripada Wanita UMNO Malaysia yang wakili Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (lima, kanan) kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) diwakili Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Datuk Rozian Abd Ghani (kiri) di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua, kiri).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.