Kunjungan Hormat Perdana Menteri Vietnam

HANOI 4 Dis– Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Vietnam TYT Phạm Minh Chính dalam rangka lawatan kerja di Bandaraya Hanoi.
Dalam pertemuan ini, kami telah membincangkan mengenai kepentingan kedua-dua negara terutamanya dalam memberi tumpuan terhadap keselamatan maritim. Malaysia dan Vietnam juga telah menyatakan minat bersama dalam mengekalkan persekitaran maritim yang stabil dan selamat serta meneroka jalan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kritikal ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.