Angkat Sumpah

KUANTAN, 4 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini.
Amizar, 50, yang berasal dari Felda Chemomoi yang terletak dalam DUN Pelangai, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.