Meneroka Potensi Pelaburan

MILAN 14 Nov–Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Melaka bagi meneroka potensi pelaburan bersama syarikat terkemuka, Leonardo Helicopters yang berpangkalan di Milan, Itali. Lawatan ini bertujuan meninjau potensi kerjasama serta peluang yang boleh dimanfaatkan secara bersama dengan Leonardo Helicopters menerusi kemudahan yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam.
Hadir sama dalam lawatan ini ialah, Tuan Yang Terutama Zahid Rastam, Duta Besar Malaysia ke Itali; YB Tuan VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO); YB Dr. Muhamad Akmal Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YB Datuk Abd Aziz Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; dan Datuk Md Azhan Samat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan).

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.