Mohd Shahar Cadang MITI Teroka, Pelbagaikan Eksport Dan Pelaburan Ke CIS

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah mencadangkan agar Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) meneroka, mempelbagaikan eksport dan pelaburan ke Negara-Negara Komanwel Merdeka (CIS) serta Afrika.

Jelasnya, Malaysia mempunyai kitaran lengkap transformasi ekonomi dengan tiga buah destinasi eksport utama yang menyumbang sebanyak 46.6 peratus pada tahun 2021.

“Ekonomi negara yang pada mulanya berasaskan pertanian beralih kepada perindustrian dan menjadikan Malaysia a vibrant economy in a short span of history. Negara kita mengalami kitaran lengkap transformasi ekonomi, keluar dari pertanian (or low productivity sectors) kepada electronics and machinery (or high productivity sectors).

“Eksport terbesar Malaysia adalah electronics and minerals, dengan tiga buah destinasi eksport yang utama dimana menyumbang 46.6% of total exports in 2021 – China (20.2%), Amerika Syarikat (USA) 13.4% dan Singapore (12.9%). Malaysia sebagai negara perdagangan ‘Trading Country’ dan kita sentiasa terdedah kepada external exposure.

“USA dan China adalah destinasi perdagangan terbesar Malaysia, ekonomi kita amat sensitif dengan sebarang perubahan kepada pertumbuhan ekonomi USA dan China. Jika kita lihat, nilai eksport Malaysia ke China (20.2%), dan ke USA (13.4%),” katanya ketika Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Perbelanjaan Pembangunan 2024 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Beliau turut mempersoalkan strategi pihak kerajaan dalam mengurangkan ‘external exposure’ yang mampu menghakis pertumbuhan ekonomi negara.

“Saya ada empat soalan dibawah butiran ini. Persoalan saya pertama, apakah strategi pihak kerajaan untuk mengurangkan external exposure yang menghakis pertumbuhan ekonomi negara kita?

“Kedua, senaraikan destinasi baharu eksport dan pelaburan bagi Malaysia sejak tahun 2010. Ketiga, mengapakah Malaysia tidak memperolehi keuntungan sepenuhnya apabila kita ada kelebihan? Our current account surplus RM1.5 trillion over the past 24 years.

“Keempat, bagaimana kerajaan melihat strategi baharu perdagangan antarabangsa di negara-negara CIS dan Africa?” soalnya.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat bahawa Malaysia mempunyai ruang dan peluang yang luas untuk mempelbagaikan eksport serta pelaburan ke negara-negara CIS.

“Oleh itu, terdapat ruang yang luas untuk Malaysia mempelbagaikan lagi ke CIS dan Afrika (54 negara) untuk terus mengumpul pelbagai faedah. Ekonomi CIS dan Afrika semakin berkembang, merupakan destinasi yang menjanjikan habuan lumayan untuk eksport serta pelaburan.

“Malah, Turki telah mempelbagaikan eksportnya ke destinasi ini sejak 20 tahun lalu. Sebagai contoh, pada 2021 Turki memperoleh $21.2 bilion dalam eksport ke Afrika, meningkat daripada hanya $2.1 bilion pada 2003.

“Sejak 1990-an, hubungan ekonomi antara Turki dan CIS telah meningkat dalam tempoh tersebut, terutamanya selepas 2003. Jumlah eksport Turki ke CIS ialah 11.47% daripada jumlah eksport Turki dan jumlah import daripada CIS ialah 7.05% daripada jumlah import Turki pada tahun 1996. Eksport Turki kepada CIS telah meningkat 423% dari tahun 1996 hingga 2008. Import Turki dari negara-negara CIS meningkat dengan ketara dan merupakan 21.10% daripada import dunia Turki pada tahun 2008,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, kedua-dua wilayah dan benua ini turut melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang pakar dalam bidang perbankan Islamik dan industri pembangunan halal.

“Kedua-dua wilayah dan benua ini, melihat Malaysia sebagai the more advanced knowledge-based economy in the areas of Islamic finance and Halal Industry Development.

“Bagi saya perkongsian akan mewujudkan peluang unik untuk ekonomi Malaysia untuk meningkatkan eksport dan pelaburan kita dalam ekonomi yang sedang berkembang ini. Kerumitan dan kepelbagaian ekonomi Malaysia berada pada kedudukan ke-28 daripada 133 negara.

“Ekonominya lebih kompleks daripada yang diunjurkan untuk tahap pendapatannya, membayangkan bahawa ekonominya boleh berkembang pesat dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mempelbagaikan lagi pengeluarannya.

“Oleh itu, Malaysia disyorkan untuk meneroka lebih lanjut mempelbagaikan eksport dan pelaburannya ke negara-negara CIS dan Afrika,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.