Ahmad Zahid Ajak Rakyat Terus Pupuk Semangat Perpaduan, Kukuhkan Kestabilan

KUALA LUMPUR,  12 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut  hari Deepavali kepada seluruh rakyat negara ini yang bergama Hindu.

Menerusi catatan di Facebooknya beliau berharap perayaan Deepavali dapat memupuk semangat perpaduan serta kerjasama rakyat berbilang bangsa di negara ini.

“Saya dan seisi keluarga dengan penuh ikhlas hati mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

“Semoga perayaan Deepavali kali ini akan lebih meriah serta dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama rakyat berbilang kaum serta agama di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kestabilan dan keharmonian negara, selari dengan agenda Malaysia Madani,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) seterusnya mengajak rakyat untuk sama-sama menyemai rasa cinta antara satu sama lain.

“Marilah kita bersama terus menyemai rasa cinta dan nilai hormat menghormati sesama kita. Seperti perayaannya, semoga kehidupan kita sesama rakyat Malaysia terus diberikan sinar untuk negara ini terus makmur bersama,” ujarnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.