Tahniah Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman

KUALA LUMPUR 2 Nov – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman selaku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang baharu. Beliau merupakan seorang pakar biomekanik yang juga mantan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) serta penerima Anugerah Akademik Negara (AAN) kali ke-14 (Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk). Sewaktu berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, beliau telah menjulang fakulti tersebut menjadi antara sepuluh terbaik di dunia.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.