Kegiatan Lanun Di Perairan Pantai Timur Sabah Kini ‘Hampir Tiada’ – Mohamad

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa kegiatan lanun di perairan pantai timur Sabah kini ‘hampir tiada’.

Jelas beliau ianya kerana wujudnya dasar negara yang memastikan kawasan sempadan dijaga rapi oleh pasukan keselamatan.

“Isu keselamatan merupakan keutamaan kami sama ada di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Kita mempunyai dasar mempertahankan kedaulatan perairan dan tanah air makanya di kawasan pantai timur Sabah tersebut mempunyai 1,733 kilometer dan 361 pulau.

“Kegiatan lanun ini hampir tiada dah kerana wujudnya dasar untuk kita mengawal sempadan begitu rapi. Setiap tiga bulan kita akan bertukar-tukar, setakat hari ini kalau tentera daratnya 16 Rejimen Askar Melayu Diraja yang beroperasi di kawasan iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas.

“Rejimen 1 sempadan, kawasan A iaitu Mengayau hingga Tambisan, 10 Rejimen Renjer Diraja beroperasi kawasan Felda Sahabat. Semporna dan Tambisan ini dijaga oleh 10 Briged Para,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Isnin, menjawab soalan dibangkitkan Datuk Andi Mohamad Suryady Bandy (BN – Kalabakan).

Dalam pada itu, Mohamad turut sama berkata kementerian dalam perolehan untuk mendapatkan 16 hingga 20 bot pemintas laju.

Katanya kelajuan bot pemintas ini lebih laju dan boleh menandingi bot laju digunakan lanun atau penyeludup.

“Dalam perolehan untuk mendapatkan 16 ke 20 bot pemintas laju 20 meter panjangnya. Kalau yang besar macam LCS, LMS kelajuannya paling banyak pun 28 ke 30 not tetapi bot pemintas laju ini mencapai 50 not yang mana boleh menandingi bot-bot laju yang digunakan oleh lanun dan penyeludup.

“Ini merupakan sesuatu yang amat baik dan pada ketika ini kawasan di timur laut Sabah ini dengan rondaan bersama TLDM dengan tentera laut Filipina keberadaan operasi daripada rejimen-rejimen tentera darat dan udara,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.