Fokus Kerajaan Perpaduan Jayakan Misi Wawasan Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menzahirkan penghargaan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas peruntukan besar pada kementerian tersebut.

Belanjawan MADANI yang memperuntukkan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan, yang mana daripada jumlah tersebut, RM303.8 bilion adalah untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

“Terima kasih Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peruntukan yang besar untuk Kementerian Kerja Raya Malaysia yang mana menerima peruntukan keseluruhan sebanyak RM9.51 bilion bagi tahun 2024. Meningkat sebanyak 12.7% daripada tahun 2023.

“Peruntukan ini adalah satu tekad dan bukti Kerajaan Perpaduan yang prihatin terhadap keselamatan, serta menambah baik infrastruktur rakyat. Bagi peruntukan belanjawan Kementerian Kerja Raya di bawah belanja Pembangunan iaitu sebanyak RM2.8 bilion.

“Ianya merangkumi RM100 juta untuk selenggara lampu jalan dan ganti kepada LED, RM300 juta untuk kontraktor G1-G4, RM30 juta untuk jurutera daerah (115 JD), RM50 juta untuk rawat kawasan kemalangan tinggi, dengan menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan bagi mengurai kesesakan jalan raya. RM563 juta kerja pemantauan, pencegahan, pembaikan dan pelaporan 2,000 cerun seluruh negara. RM931 juta kerja pelebaran Lebuhraya PLUS (Sedenak – Simpang Renggam) dari empat lorong ke enam lorong,” kata Ahli Parlimen Lipis itu di 

Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengharapkan belanjawan ini mampu membangunkan negara secara mampan dan dapat menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan serta pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dalam masa yang sama beliau melihat belanjawan kali ini bersifat komprehensif dalam mengutamakan kepentingan rakyat yang menyeluruh serta memperkasa ekonomi negara dalam pelbagai segmen.

“Malaysia mempunyai potensi yang besar sebagai sebuah negara ke arah ekonomi yang lebih dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonomi yang kukuh.

“Hakikatnya Belanjawan 2024 ini sebenarnya telah mula diusahakan sejak awal tahun 2023 lagi. Pelbagai pihak dilibatkan dalam usaha mendapatkan seberapa banyak input dan pandangan dari semua lapisan serta golongan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Tambah Ketua UMNO Bahagian Lipis itu, Belanjawan 2024, bukanlah sekadar sentuhan angka-angka, malahan juga bukanlah sekadar rantaian falsafah untuk dirungkaikan.

“Belanjawan ini terkandung himpunan harapan yang tinggi oleh rakyat Malaysia yang berjaya ditempuh selepas banyak siri kita jatuh, termasuklah era pasca pandemik COVID-19.

“Pelbagai cabaran ditempuh, lebih-lebih lagi dalam suasana politik semasa serta barisan ahli kabinet yang cukup unik namun mempunyai tekad dan kesungguhan yang tinggi dalam kesedaran bersama ke arah pembaharuan,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.