Kita Bersatu Demi Palestin… Jom Sertai ‘Himpunan Solidariti Bersama Gaza’ Selepas Solat Jumaat


KUALA LUMPUR, 13 Okt – Seluruh rakyat Malaysia diseru untuk bersama-sama dalam ‘Himpunan Solidariti Bersama Gaza’ yang akan berlangsung pada hari ini di perkarangan Masjid Negara selepas selesai Solat Jumaat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Mohd Akmal Saleh mengingatkan bahawa himpunan tersebut adalah tanda bersatu demi Palestin.

“Kita bersatu demi Palestin. Jom kita selepas solat Jumaat di Masjid Negara, kita bersama memberikan sokongan pada saudara kita di bumi Gaza,” katanya.

Dilaporkan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza masih dihujani bom yang digugurkan jet-jet tempur tentera Israel, menyasarkan bangunan kediaman dan infrastruktur awam.

Serangan dahsyat itu berlaku ketika pegawai-pegawai Rejim Zionis berikrar mengetatkan kepungan ke atas Gaza untuk menghukum penduduknya selepas pejuang Hamas melancarkan serangan besar-besaran dan mengejut ke atas Israel, Sabtu lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.