Kerajaan Perpaduan Madani… Kami Cakap Dan Kami Buat – Azalina

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan iaitu Kerajaan Madani melaksanakan apa yang diperkatakan.

Beliau yang jug ahli Parlimen Pengerang mengulangi pendirian kerajaan untuk melaksanakan pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya namun pindaan ini akan mengambil masa dan memerlukan komitmen daripada ahli Parlimen bagi memastikan ketelusan pelaksanaannya.

“Nak melakukan pengasingan ini memerlukan tiga fasa saya sebut tadi yang kami lihat perbezaan antara Kerajaan Perpaduan Madani ialah… kami cakap dan kami buat.

“Saya ingin menyatakan ialah kita memang dalam perjalanan dan ini akan memakan masa tetapi komitmen kita adalah apabila perbincangan Ahli Berhormat di dua blok akan dibawa bersama.

“Setiap tahap perbincangan untuk menunjukkan komitmen dripada kerajaan supaya pindaan ini dibuat secara tulus dan diberikan penekanan kepada tatakelola supaya rakyat diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas, hari ini.

Jelas Azalina, rujukan terhadap beberapa negara juga dilakukan bagi memastikan pindaan ini dilakukan secara tulus oleh kerajaan.

“Sebagai contoh England Dan Wales mengambil masa lebih kurang lapan tahun untuk mewujudkan Director of Public Prosecution dan Crown Prosecution Service yang mengambil alih pendakwaan daripada polis.

“Kalau kita tengok di Kenya pula Director of Public Prosecution pada 2011 selepas perlembagaan baharu bagi Kenya berkuat kuasa pada 2010 perlembagaan baharu ini digubal selepas pilihan raya kenya pada 2007.

“Dan kalau kita tengok pula negara-negara yang kita berhadapan, di Kanada, peguam negara boleh mengeluarkan arahan berkenaan pemulaan pendakwaan atau tindakan yang khusus tetapi apa-apa arahan hendaklah secara bertulis, diwartakan dan dalam Kanada gazet,” katanya.

Beliau berkata lagi, di Australia pula Peguam Negara masih mempunyai kuasa untuk memula atau menamatkan pendakwaan awam dna mengambil alih pendakwaan yang dijalankan oleh pihak persendirian.

“Maksudnya Kerajaan Perpaduan Madani tidak akan cakap hari ini buat semalam. Kami akan melakukan tiga fasa yang disebut tadi,” ujar beliau.

Terdahulu beliau memaklumkan tiga fasa tersebut iaitu fasa pertama, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif sedang menjalankan kajian berdasarkan keterangan (evidence-based research) ke atas beberapa buah negara bagi meneliti dan merangka model yang paling sesuai dalam konteks Malaysia dengan mengambil kira shawcross principle dan doctrine of independent aloofness.

Manakala fasa kedua, Pasukan Petugas Khas Teknikal bagi akan meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan dan menyediakan Laporan Interim untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Implikasi kewangan yang terlibat bagi melaksanakan inisiatif ini adalah tertakluk kepada model yang akan dikenalpasti berdasarkan evidence-based research.

Dan fada ketiga, sesi libat urus bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah & Sarawak serta pihak pemegang taruh lain termasuk agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selain Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Society, Advocates Association of Sarawak, Ahli-ahli akademik. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.