Keputusan DNAA Adalah Kuasa Penuh Mahkamah, Penerangan PM Di Parlimen Adalah Jelas – Peguam

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Peguam, Adzly Ab Manas berpendapat bahawa penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat Selasa lalu adalah amat jelas bahawa tiada campur tangan dalam tugasan Peguam Negara sebagai pendakwaraya.

Ini kerana katanya, keputusan adalah merupakan kuasa penuh mahkamah untuk menentukan tindakan sewajarnya yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang mendorong kepada melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kuasa untuk meneruskan kes pendakwaan adalah kuasa penuh (budi bicara) Pendakwa Raya (Peguam Negara) yang termaksub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana ia tidak boleh dipertikaikan.

“Jelas pihak pembangkang mengamalkan sikap ‘double standard’ di dalam Parlimen untuk mengganggu penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen dan rakyat boleh menilai serta membaca penjelasannya dalam laporan hansard Parlimen.

“Ini termasuklah permohonan pendakwaraya untuk DNAA kes di mahkamah. Perlu diingatkan bahawa Parlimen tidak boleh campur tangan dalam urusan Kehakiman, sepertimana yang diamalkan selama ini di Malaysia yang di panggil ‘Doctrine of Seperation of Powers’,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Adzly yang juga aktivis politik dan masyarakat menambah terdapat tiga cabang badan yang tidak boleh dicampur tangan dengan urusan lain.

“Terdapat tiga cabang badan (Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman) tidak boleh campur tangan urusan cabang yang lain. Oleh itu cadangan dari Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mencadangkan supaya semua kes jenayah yang telah dibicarakan diperingkat prima facie.

“… dan pendakwaraya mahu kes ini hendak di DNAA perlu dibentangkan di Parlimen atau ‘sellect committee’ Parlimen dan merupakan satu cadangan yang cuba melanggar ‘Doctrine Pengasingan Kuasa’ ini.

“Cadangan ini langsung tidak praktikal di mahkamah kerana kes akan menjadi tertangguh lama dan akan membazirkan waktu mahkamah, pendakwaraya, tertuduh dan sudah tentu isu pembaziran wang rakyat akan berlaku,” tegasnya.

Terdahulu pada sidang Parlimen Selasa, telah berlaku kekecohan apabila Anwar menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat berkenaan isu DNAA, Ahmad Zahid telah dibangkitkan oleh rata-rata ahli Parlimen ketika membahaskan usul itu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.