Veteran UMNO Bimbang Trend Suka Berterus Terang Melalui Medsos, Gunakan Untuk Pihak Lawan

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menasihati anggota UMNO untuk tidak menggunakan medsos bagi menegur atau memberi pandangan dan komen berhubung dasar parti.

Ini kerana katanya ia boleh menimbulkan fitnah dan salah faham dikalangan anggota parti.

“Anggota parti tidak sewajarnya menzahirkan sebarang rasa tidak setuju secara terbuka melalui FB atau dengan apa cara sekali pun yang boleh memperlihatkan wujudnya ‘perkelahian’ diantara mereka.

“Begitu juga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana mereka terikat dengan sumpah. Mereka diamanahkan oleh ratusan ribu perwaikan yang memilih mereka mewakili jutaan ahli UMNO.

“Jangan perlekehkan diri mereka dengan tindakan yang boleh dilihat tidak tahu tata susila sebagai ahli MT. Gunakan cara dan saluran yang betul. Mesyuarat MT tempat mereka berbincang. Berhujahlah. Bertengkarlah. Berkelahilah. Jangan gunakan medsos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mustapha, ini kerana Veteran UMNO bimbang dengan trend suka berterus- terang secara terbuka melalui medsos.

“Masalah parti tidak patut diwar-warkan secara terbuka. Gunakan medsos untuk balun lawan. Bukan untuk balun sesama sendiri. Nak balun sesama sendiri gunakan mesyuarat.

“Oleh itu Veteran berharap supaya semua kepimpinan MT akan mematuhi tata etika parti dan sumpah sebagai ahli MT. Jangan sesekali memberi peluang kepada musuh untuk menangguk diair keruh,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.