Sharif Musa Ajak Ahli Insafi Hakikat UMNO, Juara Penuhi Kehendak Rakyat

LAHAD DATU, 11 Sept – UMNO telah sama-sama meraikan kejayaan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang diraih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Sabtu lalu.

Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menekankan adalah wajar untuk anggota parti menginsafi hakikat bahawa memenangi pilihan raya bukanlah matlamat akhir UMNO.

Ini kerana katanya, kalah dan menang adalah adat dalam pertandingan namun UMNO tetap juara dalam memenuhi kehendak rakyat.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor milik UMNO. Bila UMNO berdepan kekalahan, ramai di kalangan berkepentingan membuat kenyataan yang melata menyalahkan kepada Yang Amat Berhormat (YAB) Presiden.

“Apabila UMNO berdepan dengan kemenangan, ramai di kalangan berkepentingan membisu tidak memberi penghargaan kepada YAB Presiden,” katanya kepada UMNO Online.

Ujarnya, harapan kepada mereka berkepentingan, yang masih berada dalam UMNO, pandang ke hadapan dan bertanya dalam diri, apakah perjuangan UMNO hari ini masih berlegar dalam Perkara 153 dan hak-hak sewaktu dengannya?”

“Sedarlah, bila kita membaca perjuangan UMNO di bawah pimpinan YAB Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bukan hanya berlegar sekitar Perkara 153 dan hak-hak sewaktu dengannya, tetapi UMNO mencipta nama dalam segenap dimensi, itulah erti Kerajaan Perpaduan.

“Hanya mereka yang mengetahui, mereka yang faham peralihan falsafah dan jati diri sesuai dengan zaman dan wawasan.

“Maksudnya, mereka yang berani dalam segala segi, mereka yang tidak diselubungi paranoia, terkesima; mereka yang tidak berselindung di balik benteng tradisi; mereka yang tidak khuatir tewas dan mereka bukan gagah hanya bertempur bertempik suara.”

Ini kerana tegasnya, UMNO adalah sebuah perjuangan yang menjunjung Perlembagaan Negara dan Perlembagaan UMNO malah mengamalkan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi agama, bangsa dan negara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.