Alhamdulillah… Ahmad Zahid Lepas Dari Mangsa Pendakwaan Politik Terpilih – Azhari

KUALA LUMPUR, 5 Sept – UMNO Bahagian Shah Alam meluahkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan tanpa membebaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas 47 kes pertuduhan.

Ketuanya, Datuk Azhari Shaari berkata ini membuktikan bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu juga adalah pendakwaan politik yang terpilih.

“Alhamdullilah… akhirnya terjawab. Saya mewakili UMNO Bahagian Shah Alam ingin menzahirkan rasa syukur ke hadrat illahi di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diatas 47 kes pertuduhan.

“Saya doakan juga supaya berjaya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang hanya melepaskan tanpa membebaskannya.

“Kita juga doakan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat perhatian pihak mahkamah dan Jabatan Peguam Negara serta diharapkan ‘Bossku’ diberikan keadilan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata mahkamah juga mengambil maklum dan menubuhkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh Jemaah Menteri bagi menyiasat tulisan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dan pendedahan yang dibuat terhadap pertuduhan individu-individu tertentu.



“Dakwaan dalam representasi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada pendakwaan terpilih (selective prosecution) daripada rejim kerajaan sebelum ini. Jadi penting untuk pihak pendakwa raya dan SPRM melihat dan turut menyiasat.

“Selaras dengan tujuan RCI yang bertujuan menyiasat dakwaan-dakwaan berkenaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang jawatan tertinggi negara ini.

“Satu memo dalaman dikeluarkan Pejabat Peguam Negara yang tular dan langkah untuk menentu sahkan kerana turut menyentuh isu yang dibangkitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid melalui representasi yang dikemukakan beliau dan menguatkan lagi untuk siasatan menyeluruh kes melibatkan Presiden ini,” katanya lagi.

Azhari berpendapat tidak adil sekiranya Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh menangguhkan perbicaraan (indefinite postposnement) sehingga tarikh RCI yang mengambil masa bertahun-tahun.

“Sekiranya penangguhan berlaku, mahkamah akan turut terpalit dan dikecam pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“AGC di bawah perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk berhentikan yang memberikan kesan Discharge Not Amounting To An Acquittal (DNAA). Kesan DNAA ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan kos pihak-pihak malah lebih adil kepada semua pihak di mana sebarang pertuduhan hendaklah dibuat hanya selepas siasatan lanjut dan RCI selesai bersidang dan mencapai keputusan,” ujarnya.

Ujarnya lagi, akhirnya pihak pendakwaan mengambil keputusan untuk DNAA pertuduhan ke atas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengambil keputusan dilepaskan tanpa bebas daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.