Syukuri Nilai Kemerdekaan, Hargai Jasa Pejuang-pejuang Negara

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru rakyat Malaysia untuk mensyukuri nilai kemerdekaan dengan menghargai jasa pejuang-pejuang negara.

Jelas beliau, kesyukuran ini penting bagi mencerminkan semangat cinta akan tanah air.

“Rakyat Malaysia yang di hormati. Sebagai rakyat yang berterima kasih, mari kita mengenang, menghargai dan mendoakan semua pendiri bangsa yang memerdeka dan memperjuangkan tanah air ini.

“Sebagai masyarakat Malaysia yang bersyukur, mari kita berusaha memajukan watan ini agar ia menjadi negara yang paling makmur dan sejahtera,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan dalam pada itu turut mengajak rakyat dengan palbagai lapisan masyarakat yang cintakan damai dan kesatuan untuk mengeratkan perpaduan.

“Raikan kemajmukan dengan rasa kepunyaan paling dalam untuk Malaysia.

“Dan sebagai warganegara yang patriotik, mari kita bersumpah setia memelihara, mempertahan dan membangunkan Malaysia menjadi ibupertiwi terbaik di kalangan yang terbaik. Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2023,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.