Hari Kemerdekaan Simbolik Perpaduan, Keharmonian Yang Sebati Dalam Kalangan Rakyat – Imran

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor berpandangan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang diangkat sebagai tema Hari Kemerdekaan membawa manifestasi tersendiri kepada keharmonian yang sudah sebati dalam kalangan rakyat negara ini.

Ketuanya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata ianya juga sebagai simbolik dalam membangunkan negara, seterusnya membantu usaha kerajaan memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin.

“Sempena bulan Kemerdekaan ke-66 ini saya ambil kesempatan menyeru rakyat khususnya di negeri Selangor untuk sama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, kerjasama dan mengekalkan keharmonian yang kita ada.

“Dengan menumpukan kepada perkara penting untuk membina negara dan negeri sesuai dengan tema tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.

“Sama-sama bina dan pastikan negara kita ini terus berdaya saing dan juga memacu pertumbuhan ekonomi, mencipta pentadbiran dan tatakelola dalam urus tadbir negara kita,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar dalam pada itu merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail yang menjadi satu-satunya wakil UMNO/Barisan Nasional  dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.

Imran juga meluahkan kepercayaan dengan pengalaman dimiliki Rizam dalam memberikan khidmat terbaik bagi rakyat di negeri ini.

“Masyarakat dan penduduk di luar bandar supaya kita tidak ketinggalan daripada segi pembangunan dan turut boleh mempromosikan potensi pembudayaan, pelancongan yang ada di anjung utara.

“Saya yakin dengan pengalaman dan pimpinan Rizam, beliau boleh memberi nilai tambah kepada pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk lima tekad, lima tahun yang mendatang kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.