Pemergian Salahuddin Kehilangan Besar Buat Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Julai – UMNO merakamkan dukacita atas pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia sebentar tadi

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Timbalan Presiden Parti Amanah Negara itu sebagai kehilangan yang besar buat negara.

“Seorang rakan kabinet Kerajaan Perpaduan yang sangat saya hormati, berperwatakan rendah diri, sentiasa komited dan berdedikasi di dalam melaksanakan tanggungjawab beliau.

“Sehingga hujung nyawa beliau prihatin dan terus berjuang memikirkan kesejahteraan rakyat.

“Negara kehilangan pemimpin hebat. Marilah bersama kita berdoa semoga Allah SWT agar merahmati beliau dan memberikan kesabaran kepada seisi keluarga di atas kehilangan ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Pulai itu meninggal dunia kira-kira jam 9.23 malam tadi ketika dalam rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sejak pagi kelmarin, selepas selesai menjalani pembedahan pagi semalam, sebelum meninggal dunia malam ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.