Ambil Tindakan Tegas Terhadap The 1975 Dan Penganjur

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berharap kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan The 1975 dan penganjur.

Katanya ini kerana perbuatan ahli kumpulan tersebut tidak boleh diterima.

“Saya berharap pihak Kerajaan dapat mengambil tindakan tegas keatas kumpulan “The 1975 dan penganjur Good Vibes Festival 2023.

“Difahamkan kumpulan ini pernah membuat rekod masalah semasa Konsert di Dubai tahun 2019 dimana mereka mempromosi LGBT. Ini sama sekali tidak boleh diterima,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap pihak berkuasa untuk menapis dengan tegas terhadap kumpulan yang membawa imej negatif dan tidak sesuai dengan budaya di Malaysia agar perkara sama tidak berulang lagi.

“Saya juga difahamkan bahawa kumpulan ini pada awalnya sudah ditolak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

“Tetapi dibenarkan selepas penganjur membuat rayuan aku janji untuk bertanggungjawab sepenuhnya. Maka, penganjur juga perlu dipersalahkan dan diambil tindakan tegas,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.