Jangan Pertikai Komitmen, Usaha Parti Lain Hanya Kerana Tiada Label Islam

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata jika mahu disenaraikan segala jasa parti itu di dalam mengangkat martabat dan syiar Islam di negara ini adalah terlalu banyak.

Begitu juga pesannya, jangan mempertikaikan komitmen dan usaha yang telah dilakukan oleh pihak lain hanya kerana parti itu tiada label Islam.

Dr Asyraf memberi respon demikian di dalam satu komen seorang netizen di status Facebooknya yang menggunakan nama Mohd Faizal.

Individu berkenaan mahu Dr Asyraf menyenaraikan apa kebaikan UMNO buat berbanding dakwanya Pas Perlis dan Kedah telah menghapuskan judi.

Dalam maklum balasnya, Dr Asyraf telah menyenaraikan beberapa usaha dan komitmen yang telah dan sedang UMNO lalukan ketika ini, antaranya seperti berikut:

1. Meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.

2. Memperkenalkan Dasar Pendidikan Islam, dengan lebih 300 buah sekolah agama seluruh Malaysia dan 102,979 guru-guru agama.

3. Memperkenalkan Dasar Kewangan Islam hingga Malaysia dikenali sebagai pelopor dan peneraju sistem perbankan Islam dan takaful.

4. Membangunkan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Islam seperti UIA, USIM dan lain-lain.

5. Memperkenalkan Dasar Tahfiz Negara dengan menyasarkan 125 ribu Huffaz Profesional.

6. Memperkenalkan TV Alhijrah, radio IKIM dan pelbagai saluran agama untuk menyebarluaskan Islam.

7. Menubuhkan JAKIM, YADIM, TABUNG HAJI, IKIM dan lain-lain untuk menyebar luaskan syariat dan syiar Islam.

8. Memperkenalkan sistem JQAF untuk memastikan anak-anak khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.

9. Memperkenalkan KAFA untuk mengajar anak-anak di luar waktu persekolahan silibus Fardhu Ain dan al-Quran.

10. Membina lebih 56 ribu masjid dan madrasah seluruh Malaysia dengan peruntukan daripada wang yang disatukan.

Terdahulu, di dalam statusnya itu, Dr Asyaf membuat hantaran dengan menyatakan bahawa persaingan antara UMNO-Pas adalah ijtihad politik iaitu perlumbaan melakukan kebaikan; bukannya permusuhan aqidah Islam atau bukan Islam. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.