Hayati Semangat Aidil Adha Untuk Diterapkan Dalam Kehidupan

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Aidil Adha yang disambut umat Islam seluruh negara adalah hari raya mengenai pengorbanan dan ianya harus dihayati bersama.

Menurut beliau perlunya konsep bersyukur dan perkongsian yang harus diterapkan di dalam jiwa dalam menjalani kehidupan seharian untuk kebaikan bersama.

“Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, Hari Raya mengenai pengorbanan, berkongsi dan memberi serta bersyukur untuk kita hayati bersama,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi seterusnya menambah nilai-nilai tersebut perlu diterapkan dalam kehidupan seharian demi kebaikan bersama.

“Marilah terapkan nilai-nilai ini dalam kehidupan agar  kita menjadi orang yang dermawan, bersyukur dan siap berkorban untuk kebaikan bersama,” tambahnya.

Semalam umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya Aidiladha dengan kebanyakan masjid serta surau dipenuhi umat Islam, termasuk pemimpin serta ketua negeri mahupun setempat, yang hadir seawal pukul 7 pagi, bersama bertakbir memuji kebesaran Allah SWT dan menunaikan solat sunat Aidiladha. – UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit