Mahkamah Batal Kemenangan Pas Di Parlimen Kuala Terengganu Pada PRU15 Lalu

KUALA TERENGGANU, 27 Jun – Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Keputusan petisyen Parlimen Kuala Terengganu yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) itu dibacakan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Negeri, Datuk Seri Mohd. Firruz Jaffril.

Mohd. Firuz dalam hujahannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati wujud unsur rasuah dan sogokan ketika kempen di Parlimen itu pada PRU15.

Mahkamah juga mengarahkan responden membayarkan kos sebanyak RM50,000 kepada pihak pempetisyen.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan keputusan selama 14 hari bagi membolehkan responden membuat rayuan dan memfailkan permohonan rasmi pergantungan responden sebagai Ahli Parlimen.

Petisyen tersebut difailkan calon BN Parlimen Kuala Terengganu yang kalah pada PRU15 lalu, Datuk Mohd. Zubir Embong pada 3 Januari lalu.

Mohd. Zubir diwakili peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun, Muhammad Amin Othman, Norhazira Abu Haiyan dan Mohamed Baharudeen Mohamed Arif.

Manakala responden pula diwakili Wan Rohimi Wan Daud, Saifuddin Othman, Mohd Nasir Embong dan Azrul Rizal.

Pada PRU15, Ahmad Amzad menang di Parlimen Kuala Terengganu dengan perbezaan majoriti 40,907 undi. -Utusan

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.