Agenda Rakyat Terserlah, Bukan Sekadar Pancing Undi PRU Atau PRN – Rais

AYER KEROH, 24 Jun – Agenda rakyat yang menjadi tunjang perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar cakap kosong apatah lagi sekadar cubaan untuk memancing undi dalam mana-mana pilihan raya baik Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).

Salah satu yang boleh dianggap sebagai contoh adalah gerakan turun padang kepimpinan kerajaan negeri Melaka bersama rakyat yang membuka ruang serta peluang masyarakat di bawah untuk meluahkan hasrat mahupun aduan masing-masing.

Exco Kerajaan Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata rakyat negeri berkenaan cukup bertuah kerana ‘open day’ bersama kepimpinan kerajaan negeri memberi ruang yang cukup luas kepada mereka untuk bertemu mata pada hari tersebut.

“Bertuah rakyat Melaka pada ‘Open Day’ semalam kerana dapat bertemu dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka pelbagai peringkat, termasuklah Ketua Menteri Melaka, SUK Kerajaan Negeri, EXCO-EXCO Melaka dan yang lain-lain.

“Terzahir keterujaan di wajah mereka kerana dapat meluahkan sendiri isi hati dan masalah yang dihadapi. Bagus sekali kerana mereka menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan aduan yang dapat menambahbaik mutu perkhidmatan oleh Kerajaan Negeri Melaka.

“Begitu juga, saya bersama YB Zulkiflee Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mengambil peluang untuk bertemu dengan rakyat bermula awal pagi sehingga lewat petang, ”katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Rais yang juga Ketua UMNO Tangga Batu seterusnya menambah kesemua perkara yang dilontar serta aduan yang dibuat masyarakat setempat diperhalusi  dengan penuh teliti khususnya isu berkaitan perumahan, kebersihan, bil elektrik dan lain-lain di bawah portfolio  yang dipertanggungjawabkan.

“Inisiatif ini yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka dilihat  dapat memudahkan urusan rakyat bersama Kerajaan Negeri Melaka serta mendapat ‘quick response’ daripada jabatan mahupun agensi berkaitan.

“Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini dapat dinilai positif oleh rakyat, demi penambahbaikan dan kesejahteraan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. InsyaAllah, kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kami,” tambahnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.