Sedia Depani PRN, Taklimat SUA Untuk Kepimpinan UMNO Pulau Pinang

TASEK GELUGOR, 23 Jun – Keserasian yang terbina antara UMNO / Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada peringkat pimpinan pusat harus diterjemahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang bagi memastikan kepentingan rakyat terbela.

Tujuan tersebut akan membawakan formula gagasan perpaduan dalam mewujudkan keselarian antara agenda pusat dan negeri.

Sehubungan itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah turun padang bagi mengadakan pertemuan sebagaimana malam tadi yang melibatkan semua kepimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Pertemuan ini merupakan taklimat tentang Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Perda Convention Centre, Kubang Menerong, di sini.

Kehadiran akar umbi UMNO mula memenuhi di dewan Perda Convention Centre sejak pukul 8 malam dan taklimat diadakan secara tertutup.

Taklimat itu adalah bagi memberi kefahaman dan memaklumkan kepada mereka  mengenai Kerajaan Perpaduan serta PRN yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ia melibatkan lebih 500 peserta yang terdiri daripada ketua bahagian, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri serta jawatankuasa bahagian dan jawatankuasa sayap UMNO yang meliputi 12 bahagian UMNO di seluruh negeri tersebut.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Timbalannya, Datuk Ir Dr Shaik Hussein Mydin; Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad; Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim serta kepimpinan tertinggi UMNO negeri Pulau Pinang.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mencadangkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun bagi laluan kepada PRN.

Untuk rekod bagi negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, UMNO/BN menang dua kerusi iaitu kerusi DUN Sungai Dua dan Permatang Berangan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.