Hargai Dan Kenanglah Jasa Pengorbanan Seorang Bapa – Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar ‘bapa’  dan menyifatkan pengorbanan serta jasa seorang bapa tidak ternilai.

Menerusi catatan di Facebooknya, beliau seterusnya menambah dedikasi dan kasih sayang mereka adalah pengorbanan yang tidak terhingga.

“Terima kasih kerana menjadi pamangkin dan inspirasi kepada pembangunan modal insan negara. Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar abah, ayah, papa, daddy, walid, abi atau apa jua panggilan buat seorang bapa. Jasamu terlalu besar nilainya,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO seterusnya menambah bagi mereka yang masih mempunyai insan berkenaan, berbaktilah dengan sebaiknya dan hargailah mereka selagi masih ada.

“Buat yang masih mempunyai bapa, sayangi dan hargailah mereka selagi masih ada. Sentiasalah berdoa agar bapa anda semua diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati hidupnya.

“Bagi yang telah tiada, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak kerana disebalik kasih ibu, adalah perjuangan insan yang bergelar bapa. Terima kasih & Selamat Hari Bapa 2023,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.