Pak Tam Selami Masyarakat Kampung Menerusi ‘Ngeteh’ Di Warung Kopi

KUABNG PASU, 19 Mei – Pendekatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak bermusim untuk mendekati serta mendengar permasalahan masyarakat setempat membuktikan parti berkenaan terus berpaksikan politik khidmat bakti walaupun tidak berjaya mendapat mandat daripada rakyat untuk membentuk kerajaan negeri.

Hal tersebut dapat dilihat di Kubang Pasu sendiri apabila Ketua UMNO bahagian terbabit, Datuk Aminuddin Omar yang sentiasa peka dan cakna dengan masyarakat di kawasan berkenaan dengan menjadikan minum petang di warung kopi sebagai  lokasi pertemuan bersama rakyat.

Beliau yang lebih dikenali atau disapa dengan panggilan Pak Tam sentiasa bertemu dan mengeteh bersama masyarakat kampung yang sekaligus memberi peluang dan ruang untuk bersua muka dengan masyarakat setempat.

“Musim panaih ni memang kalau nak mengeteh, saya akan cari kedai kot dalam kampung.. sejuk dan nyaman…petang ni mai ngeteh dengan sahabat-sahabat di zon malau.. kedai warung Pakndak D’malau.

“Sambil-sambil minum, sambil bincang program karnival fizikal dan saringan kesihatan percuma yang akan diadakan pada 20/05/2023 di dewan orang ramai Kg Lahar/Malau jam 08.00 pagi – 12.00 tengahari. Mereka yang lapang dijemput hadir pada tarikh tersebut,” katanya  dalam loghat utara menerusi catatan di Facebook.

Beliau seterusnya menambah perjuangan dan politik khidmat bakti terus dipraktikkan dalam usaha masyarakat setempat mendapat pembelaan dan perhatian sewajarnya.

“Biarpun kita tidak membentuk kerajaan negeri, insya Allah dengan segala kudrat yang ada UMNO/BN Kubang Pasu tetap memberi perhatian sewajarnya dalam soal-saol seumpama ini kerana ianya telah sebati dengan perjuangan yang diwarisi selama ini,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.