Dulu Lawan Sekarang Kawan… Politik Hari Ini Tidak Lagi Boleh Rigid – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan politik perlu diaplikasi mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Katanya, ianya perlu dilakukan terutama membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

“Politik hari ini tidak lagi boleh rigid selamanya. Mesti ada adjustment. Ada keperluan untuk bekerjasama apabila Kerajaan tidak boleh ditubuhkan.

“Pada UMNO, “No DAP No Anwar” tidak lagi relevan. Kita perlu mencari kawan. Kawan terbaik ialah rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Fcaebook.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit dalam pada itu turut menyambut baik ucapan daripada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membabitkan hubungan antara parti.

“Ungkapan Wee Ka Siong menjadi popular di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan hari ini. “Dulu lawan sekarang kawan. Dulu kawan sekarang lawan”.

“Saifuddin Nasution minta penyokong PH melakukan adjustment kepada war cry mereka sebelum ini “Lawan tetap lawan”.

Terdahulu, Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan julung kalinya diadakan pada semalam dihadiri oleh 19 parti-parti yang menaungi Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan.

Ianya dilakukan selepas lima gabungan parti politik itu memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman pada November lalu bagi mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.