Tautan Perpaduan Diteruskan Ke Negeri Sembilan

SEREMBAN, 7 Mei – Siri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Perpaduan bersama rakyat diteruskan ke Negeri Sembilan pada hari ini.

Berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, majlis sambutan hari raya ini dikunjungi oleh lebih 10,000 tetamu yang rata-ratanya teruja untuk bertemu para kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menghadirkan diri bagi meraikan sambutan yang meriah ini bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan pemimpin setempat.

Para tetamu dilihat mula membanjiri lokasi seawal jam 10.00 pagi meskipun program dijadualkan bermula pada jam 11.00 pagi dan mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan para pemimpin.

Majlis sambutan hari raya ini sudah semestinya akan dapat mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan yang telah dibina bagi menstabilkan politik negara dan membentuk Malaysia Madani. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.