Giliran UMNO Wilayah Anjur Rumah Terbuka, Kesyukuran Dirai Bersama

KUALA LUMPUR, 7 Mei – UMNO Wilayah Persekutuan hari ini menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Dataran Pintu Gerbang, Kampung Bharu.

Berlangsung seawal jam 12 tengah hari sehingga 4 petang, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengambil kesempatan bermesra melayani tetamu sebagai menghargai kehadiran mereka.

Orang ramai dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya antaranya rendang daging, lemang, kambing golek, sate, laksa serta pelbagai lagi makanan.

Memeriahkan suasana, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berbesar hati hadir ke majlis tersebut bagi bertemu rakyat sambil beramah mesra.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Rata-rata pengunjung yang hadir juga meluahkan kesyukuran dengan penganjuran majlis Aidilfitri ini di samping bertemu kepimpinan negara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.