BN Ulangi Pendirian Sokong Kerajaan Perpaduan, Demi Perjuangan Aspirasi Rakyat – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Barisan Nasional (BN) menyeru semua pihak untuk fokus kepada agenda membangunkan negara dan menolak sebarang bentuk politik gugatan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengulangi penegasan sokongan tidak
berbelah bahagi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“BN ingin mengulangi penegasan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“BN tetap bersama dengan aspirasi rakyat untuk melihat sebuah negara yang aman dan stabil, dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang disepakati oleh semua parti yang membentuk kerajaan atas asas Kerajaan Perpaduan seperti yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Sementara itu, Dr Zambry yang juga Menteri Luar turut sama meluahkan kekesalan dengan pelbagai spekulasi yang cuba dimainkan menerusi media sosial dicetuskan pihak tertentu untuk melihat negara terus berantakan.

Jelas beliau, ini kerana perkara paling penting pada ketika ini adalah memastikan kerajaan stabil untuk membangunkan semula agenda pembangunan, pertumbuhan dan pemacuan negara dalam menghadapi cabaran global.

“Malaysia perlu muncul semula di pentas antrabangsa bagi membina keyakinan pelabur dan masyarakat antarabangsa. Justeru asas kestabilan perlu dikembalikan oleh semua rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online
050523 KM SUA BN 4

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.