Sambutan Syawal Tahun Ini Bawa Kemeriahan Tersendiri – Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 17 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid berharap sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini membawa signifikannya tersendiri.

Katanya ini kerana, sambutan pada kali ini lebih meriah berbanding beberapa tahun lalu lantaran rakyat menghadapi kekangan akibat daripada penularan COVID-19.

“Pada tahun ini saya mengharapkan Hari Raya Aidilfitri ini akan lebih meriah kerana kita pun sudah dua tahun kebelakangan ini dilanda pandemik COVID-19.

“… yang mana kita tahu raya sebelum ini ada batasan-batasan kerana COVID-19 jadi kita mengharapkan meriah namun masih perlu dalam berwaspada,” katanya pada UMNO Online.

Mohd Ariff yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas dalam pada itu berharap para perantau yang memandu pulang ke kampung untuk berhati-hati di jalan raya.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia khas kepada penduduk Padang Rengas yang merantau dan akan pulang ke kampung,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.