Perkasakan UMNO, Pulihkan Keyakinan Rakyat – Mohd Rafi

LABUAN, 16 April – UMNO Bahagian  Labuan  perlu diperkasakan dan dipulihkan imejnya yang sebenar agar parti keramat ini kembali menjadi juara  dan pilihan rakyat di pulau bebas cukai.

Ketua UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd Alli Hassan berkata, walaupun beliau baharu mempimpin bahagian itu sebagai Ketua bahagian, namun  pengalaman ketika menjawat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan sebelum ini memberikan pengajaran dan iktibar untuk dipelajari dalam usaha untuk memahami aspirasi rakyat khususnya ahli parti di bahagian itu

“Saya memahami, saya mengetahui dan mendalami semua aspek, untuk itu tidaklah saya menjanjikan diluar kemampuan saya, yang penting sokongan serta semangat berkerja satu pasukan adalah nadi utama UMNO Labuan dapat diperkasakan  dalam  usaha melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang telah meletakkan kita sebagai pemimpin bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat pertama UMNO bahagian Labuan bagi sesi 2023-2026 dan majlis angkat sumpah jawatan dekat sini. semalam.

Menurut Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO bahagian Labuan yang memilihnya sebagai Ketua Bahagian akan digalas dengan penuh dedikasi  bagi memberikan perkhidamatan yang terbaik kepada masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO.

“Sudah pesti ikrar ini bukan sahaja untuk diri saya sendiri namun semua barisan dalam kepimpinan bahagian,Wanita, Pemuda dan Puteri adalah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan bagi memberikan perkhidamatan yang terbaik dan berkualiti kepada ahli” tegas Mohd Ali.

Dalam pada itu Mohd Rafi  seterusnya menjelaskan UMNO khususnya UMNO Labuan memerlukan  kaedah baharu dalam perjuangan parti terutamanya mendekati rakyat dan pengundi muda .

“Saya mengajak rakan kepimpinan sayap-sayap parti Wanita Pemuda dan Puteri agar berkerja kuat dan bersemangat dengan beberapa perubahan yang disentuh dalam mesyuarat kali ini  untuk direalisasikan,memulihakan semangat dan keyakinan rakyat untuk berjuang bersama UMNO’ katanya.

Tambah Mohd Rafi lagi seluruh keluarga besar UMNO perlu mengukuhkan semula hubungannya dari segala kekhilafan lalu dimana   pemimpin dan ahli perlu saling bekerjasama bagi mendapatkan keyakinan semula rakyat terhadap parti itu.

“Mulai hari ini, sama-sama kita kukuhkan hubungan kita semula dari sebarang kekhilafan dan bersatu sebagai sebuah keluarga besar UMNO serta saling bekerjasama bagi mendapatkan keyakinan rakyat kepada parti kita.

“Lupakan kisah pemilihan parti. Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua…apa yang penting ialah agenda meletakkan kepentingan parti adalah keutamaan prinsip kesetiaan serta  perjuangan perlu sentiasa dipelihara” jelas Mohd Rafi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.