Johor Negeri Keenam Santunan Kasih Ramadan Rai Warga Setempat

MUAR, 30 Mac – Johor yang menjadi negeri keenam Majlis Santunan Kasih Bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus menceriakan penduduk setempat khususnya golongan-golongan yang diraikan.

Majlis yang bermula kira-kira pukul 6 petang berlangsung dalam suasana sederhana dengan penyampaian sumbangan kepada mereka yang diraikan oleh pihak kementerian.

Selain bantuan dan iftar bersama warga setempat, turut menyerikan suasana adalah tazkirah ringkas sementara menunggu waktu berbuka dan seterusnya solat Maghrib dan Isya’ secara berjemaah selain solat sunat terawih.

Selain warga setempat, pimpinan UMNO dan kakitangan kerajaan lain pelbagai peringkat turut mengambil kesempatan untuk bersama-sama memeriahkan suasana yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada sidang media ringkas, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Johor adalah siri keenam Iftar Santunan Kasih Ramadann Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama pimpinan negeri dan pelbagai peringkat lain.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan saya turun ke bawah untuk menyantuni mereka di bawah termasuklah pegawai persekutuan serta negeri di semua daerah,” katanya.

Majlis Santunan Kasih Ramadan siri keenam ini berlangsung di Masjid Jamek Kg. Sg. Gersek, Muar. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.