Dimensi Politik Baharu Tuntut Dukungan Kebersamaan, Bawa Hala Tuju Agenda Perkasa Rakyat – Razlan

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan barisan kepimpinan baharu yang mempunyai kebersamaan dalam membentuk perjalanan parti membawa manifestasi tersendiri.

Katanya, ini kerana senario politik menuntut kata sepakat yang terbaik bagi memastikan kerajaan yang didukung dapat berterusan membawa agenda memperkasa rakyat.

“Di dalam dimensi politik baharu yang tak pernah berlaku sebelum ini termasuk kebersamaan dengan Kerajaan Perpaduan, sudah pastinya UMNO perlu melihat kepada kepimpinan yang mempunyai hala tuju yang sama.

“Jadi apabila kita melihat pasca Pemilihan ini dengan kebersamaan ini nampak cerah jadi apabila ada elemen ini di dalam pemikiran pemimpin yang dipilih pada kali ini jadi kita jangkakan kerajaan ini dapat diteruskan dan UMNO mempunyai satu kata sepakat untuk kita bergerak ke hadapan,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh turut memberikan respon berkenaan kepimpinan baharu di akar umbi.

Menurut Mohd Razlan ianya membuktikan bahawa UMNO sebuah parti yang terbuka dalam memberikan peluang kepada pemimpin baru menerajui parti keramat ini.

“Pemilihan sebelum ini pun lebih kurang 30 peratus lebih peratusan pemimpin baharu, ini menunjukkan UMNO terus menerus menerus meraikan kepimpinan baharu.

“… dan perubahannya ini meremajakan UMNO yang akan memberikan satu nafas baharu kepada semua ahli-ahli dan juga rakyat,” ujar beliau.

Untuk rekod, Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 pada Sabtu menyaksikan Mohd Razlan menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh selepas bertembung satu lawan satu dengan Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, beliau juga mengekalkan jawatan sebagai MKT. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.