Ikuti Secara Langsung Keputusan Pemilihan UMNO Wanita, Pemuda, Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Mac – UMNO Online menyiarkan paparan secara langsung berkaitan keputusan Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 bagi Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO menerusi laman Facebook (klik di sini).

Paparan secara langsung juga disediakan di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn bermula pukul 5.00 petang tadi.

Keputusan yang dipaparkan ialah bagi jawatan-jawatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sepenuhnya membabitkan jawatan-jawatan yang dipertandingkan iaitu Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua, Naib Ketua dan Exco.

Keputusan penuh pemilihan terbabit akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses kiraan undi sepenuhnya.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sebelum itu, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan telah lancar dilaksana pada 1 Februari dan berakhir pada 26 Februari 2023 lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.