Pemilihan Manifestasi Terbaik Gambarkan Kekeluargaan Ahli UMNO

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 merupakan suatu menifestasi terbaik dalam menggambarkan kekeluargaan di kalangan ahli UMNO.

Perkara ini diakui oleh calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ali Amir Razali yang berkata perpaduan ini penting bagi memastikan asas perjuangan berterusan dibawa terutama dalam berhadapan situasi mencabar parti.

“Pemilihan UMNO ini untuk menjadi satu lembaran baharu dengan ramai calon-calon muda dengan pelbagai latar belakang ia adalah satu perubahan untuk UMNO menuju ke hadapan terutama Pilihan Raya Negeri (PRN).

“…ia jadi satu pertandingan adik-beradik walaupun selepas Pemilihan ini kita harap bersatu, eratkan saf bagi hadapi sebarang cabaran pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau dalam pada itu meluahkan kesyukuran kerana perjalanan proses Pemilihan ini berjalan secara harmoni.

Tambah Ali, penyertaan muka-muka baharu sebagai calon membuktikan bahawa UMNO terbuka dalam menerima kepimpinan muda.

“Perjalanan lancar dengan calon sebanyak 113 orang untuk exco Pemuda ini menunjukkan UMNO ini masih relevan untuk anak muda.

“Simbolik juga kepada sebuah demokrasi terbuka untuk anak muda dalam UMNO,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.