Jangan Kelirukan Rakyat, Politikkan Fakta Kesihatan Tindakan Tidak Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka Dr Akmal Saleh menempelak Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali yang mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko kesihatan seperti autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD).

Katanya ini kerana sebagai seorang doktor perubatan Dr Halimah sudah pasti mengetahui bahawa melalui kajian dilakukan di peringkat global punca kepada penyakit ini masih tidak diketahui.

“Bila melihat perbahasan dari seorang ahli Parlimen yang mendakwa dirinya adalah seorang doktor perubatan dan berbahas mengenai punca autisme adalah datangnya akibat dari pemakanan yang tidak berkualiti saya benar-benar terkedu.

“… kerana ini adalah pertama kali saya mendengar punca autisme adalah dari makanan yang tidak berkualiti setelah bertahun lamanya menjadi doktor perubatan.

“… untuk makluman Dr Halimah, punca autisme ini setelah dibuat beratus kajian masih tidak dapat dikenal pasti apakah puncanya.
Saya sertakan link di bawah ini mengenai kajian yang telah dijalankan.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5501015/,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau juga berkata sebagai seorang ahli politik pemimpin Pas itu tidak sewajarnya mempolitikkan fakta kesihatan kepada rakyat.

“Jadi saya harap, Dr Halimah dapat baca dan faham setiap perkara yang ingin dibahaskan kerana sebagai seorang doktor perubatan fakta kesihatan tetap fakta dan ia tidak boleh dipolitikan.

“Nak membangkang tidak salah,tetapi biarlah asas faktanya mesti betul. Jika tidak ia akan memalukan profesion Yang berhormat dan juga mencemarkan nama baik profesion seorang doktor perubatan.

“Mohon Dr Halimah boleh suggestkan lepas ni ‘Menu Halimah’ pula yang tidak menyebabkan autisme mungkin?” sindir beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.