Bajet 2023: Rakyat Dan Malaysia Madani Keutamaan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa rakyat dan Malaysia Madani menjadi keutamaan kepada kerajaan pada ketika ini.

Jelas beliau ini termasuk Bajet 2023 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat depan.

“Apa fokus Bajet 2023 boleh diketahui bila Perdana Menteri bentang pada 4 petang Jumaat 24 Feb nanti. Namun penganalisa akan terus membuat ramalan.

“Rakyat dan Malaysia Madani antara dua perkara sangat penting kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Setiausaha Agung UMNO dalam pada itu turut mendoakan agar segala perancangan yang dirangka untuk rakyat diberikan kemudahan.

“Moga Allah terus beri kita pedoman untuk laksana dasar-dasar terbaik,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan Bajet 2023 akan mengandungi banyak berita baik untuk rakyat, beliau berkata antara tumpuannya adalah bidang digital, sekuriti makanan, industri kecil dan sederhana (IKS). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.