Dah Menang Jangan ‘Pilih Bulu’, Jalankan Tanggungjawab Sebagai Wakil Rakyat – Shaik Hussein

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk IR Dr Shaik Hussein Mydin mengingatkan ahli Parlimen yang dipilih rakyat supaya menjalankan tanggungjawab sebaiknya tanpa ‘memilih bulu’.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada sebuah video siaran langsung tular di akaun TikTok Pemuda Pas Malaysia bersama Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad.

“Dengar kata Ahli Parlimen Kepala Batas dari Perikatan Nasional (PN) bising, katanya undi dari ‘non-muslim’ tak kenang budi.

“Katanya lagi, bab servis nak Ahli Parlimen PN Kepala Batas tapi bab undi, tak nak undi PN.

“Biar betul Ahli Parlimen PN ni. Dah menang tu jangan ‘pilih bulu’. Jalankan tanggungjawab. Awak wakil rakyat kot,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

 

Malam tadi, tular sebuah video pendek yang memaparkan Siti Mastura mengeluh terhadap sikap pengundi bukan Melayu di kawasannya kerana mahukan khidmat bakti daripada PN tanpa memberi undi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.