Banjir Kepala Batas: Reezal Merican Lawat PPS

KEPALA BATAS, 4 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Komuniti MPPK yang menempatkan sepuluh keluarga yang menjadi mangsa banjir di daerah Kubang Menerong, dekat sini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas itu berkata, PPS tersebut mula dibuka pada malam tadi dan segala kemudahan disediakan dengan baik.

“Pagi ini saya melawat ke PPS di Dewan Komuniti MPKK yang menempatkan sepuluh keluarga mangsa banjir dari sekitar Kubang Menerong.

“PPS ini mula dibuka malam tadi. Saya melihat kemudahan di sini seperti khemah berasingan dan makanan disediakan dengan baik oleh urusetia PPS,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan semua pihak terlibat serta memberikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

“Terima kasih pasukan penyelamat yang memastikan pemindahan mangsa ke PPS dengan lancar.

“Saya juga menyampaikan sedikit sumbangan untuk membantu mengurangkan beban. Harap air mula surut hari ini dan semua dapat berpindah balik ke rumah.

“Sama-sama kita doakan semoga keluarga Kepala Batas sentiasa dilindungi Allah,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.