Pemimpin Kerajaan Perpaduan Perlu Cari Formula Terbaik Tangani Isu Rakyat – Shabery

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpandangan pemimpin-pemimpin dalam kalangan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu mencari formula terbaik bagi menangani isu semasa berkaitan rakyat.

Katanya ini kerana sekiranya hanya kritikan antara satu sama lain dilakukan ianya tidak akan menyelesaikan masalah melainkan mengeruhkan hubungan tersebut.

“Jadi kerajaan susah sikit. Sebab orang nak tengok bila Ringgit nak sama seperti 2018, bila pasaran saham nak melonjak semula seperti sebelum 2018, bila pelabur datang berduyun-duyun seperti dulu. Berapa tinggi pulak dividen Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Amanah Saham Bumiputera (ASB). Paling susah fasal ayam dan telur.

“Susah semua ni. Kena ada formula yang betul dan kena kerja kuat kurang cakap. Bukan cari fasal dengan rakan-rakan yang sama-sama dalam kerajaan.

“Jambatan segera pakai besi. Banyak sekeru kalau tercabut, cepatlah runtuh. Nak buat yang konkrit makan makan masa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas beliau, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan lalu perlu dijadikan pengajaran terbaik kerana pertikaian terbuka hanya akan menimbulkan krisis dalam kalangan pemimpin.

“Virus yang menyerang kerajaan PH 22 bulan dulu ialah suka mengata sesama sendiri secara terbuka. Tak jumpa jalan saluran dalaman.

“Virus begini belum ditemui vaksin. Semasa pembangkang siapa pun boleh bercakap dan syok bercakap. Tak payah disiplin,” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.